Tuesday, February 9, 2021

ALOE VERA MAKANAN KULIT ANDA

Aloe Vera ni umpama makanan utk kulit kita.

Kuasa dia sampai ke dlm sel. Tu la antara fungsi Aloe Vera. Repair sel. Hakak memang konsisten Aloe Vera Gel jeee..

Apa jadi bila korang konsisten minum Aloe Vera Gel? 

✔1. Cegah penuaan dan lembapkan kulit. Oleh kerana kandungan airnya tinggi, lidah buaya berupaya menghapus sel kulit mati, melembapkan kulit dari dalam, serta membuatkan kulit menjadi lebih kenyal. Jika anda selalu merungut kerana kulit kering, sapukan sahaja gel kulit buaya dan lihat perbezaannya.

✔2. Sembuhkan luka dan tangani jerawat. Anda kerap ada jerawat? Gunakan lidah buaya sebagai bahan rawatan. Kandungan giberelin dan auxins dalam lidah buaya boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Anda juga boleh mencubanya dibahagian belakang bahu jika berdepan masalah jerawat. Selain itu, lidah buaya juga mampu mengubati luka kecil dan luka bakar kerana sifat sejuknya.

✔3. Sembuhkan gangguan kulit. Kalau anda sering berdepan masalah kulit, simpanlah pokok lidah buaya. Sifat anti-alergi pada lidah buaya sangat efektif dalam menyembuhkan semua jenis masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.

✔4. Cerahkan kulit. Apabila kulit bersih dan lembap, ia bukan sahaja menjadikannya sihat malah menjadikan kelihatan lebih berseri. Dengan rutin menyapu gel lidah buaya pada kulit wajah, ia dapat membuang sel kulit mati dan menambah sel kulit baru sekaligus mencerahkan warna kulit. Tak percaya, cubalah!

✔5. Kurangkan kesan regangan pada kulit. Lazimnya seseorang akan berdepan kesan regangan pada kulit atas beberapa sebab seperti kehamilan, penuaan atau pengurangan berat badan. Kesan tersebut pasti memberi rasa tidak selesa apatah lagi bagi wanita. Jangan risau, sapu sahaja lidah buaya kawasan kulit regang. Lama-kelamaan kesan tersebut akan hilang.

Jom kite amalkan Aloe Vera Gel 😍

No comments:

Post a Comment