Kenapa saya perlu minum Aloe Vera Gel?
Jika anda sihat, minuman Aloe Vera Gel akan tingkatkan kesihatan organ dalaman anda dan menjadikan anda lebih cergas, bertenaga dan sihat.
Jika anda kurang sihat, ianya akan membantu menambahbaik organ dalaman tubuh anda.
Berapa banyak Aloe Vera Gel yang perlu saya minum setiap hari?
Ianya bergantung kepada anda. Ada yang bermula dengan dos yang besar seperti setengah gelas mahupun secawan ataupun bermula dengan dos yang kecil seperti 20ml dua kali sehari atau mengambilnya dalam lingkungan 60ml dua kali sehari - waktu pagi sebelum bersarapan dan sebelum anda tidur. Untuk kesan yang maksimun, elakkan dari makan apa-apa selama sejam selepas pengambilan AVG.
Kanak-kanak untuk usia setahun ke atas - berikan 15ml dua kali sehari.
Berapa lama saya perlu mengambilnya untuk merasai perubahan?
Aloe Vera Gel bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya. Apa yang penting, segala amalan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tinggi kolesterol dan seumpamanya haruslah dihentikan. Berikan ruang untuk tubuh anda mengalami pembaikan atau istilahnya adjustment.
No comments:
Post a Comment